Wednesday, 23 October 2019

Chairil Anwar "Binatang Jalang"

Assalammualaikum dan salam sejahtera , tulisan saya pada kali ini adalah tentang seorang penulis Indonesia yang sangat terkenal iaitu Chairil Anwar.





Chairil Anwar dilahirkan di Medan, Sumatera Utara. Ada sesengah pihak mengatakan bahawa beliau dilahirkan pada 26 Jun 1922 dan ada juga yang mengatakan 26 Julai 1922. Beliau merupakan anak tunggal kepada pasangan Toeloes dan Saleha. Kedua-dua ibubapanya berasal daripada Kabupaten Lima Puluh Kota, Sumatera Barat. Beliau mempunyai pertalian darah dengan Perdana Menteri Indonesia yang pertama Soetan Sjarir. Chairil dibesarkan di dalam keluarga yang berpecah belah. Ibu bapanya bercerai ketika beliau berusia 19 tahun. Setelah bercerai, ayahnya telah berkahwin semula dan selepas tamat persekolahan beliau mengikuti ibunya berpindah ke Batavia atau lebih dikenali sekarang sebagai Indonesia. 
Chairil mendapat pendidikan di Hollandsch-Inlandsche School iaitu sekolah dasar untuk bumiputera Indonesia ketika penjajahan Belanda. Kemudian, beliau menyambung pendidikannya di Meer Uitbreid Lager Onderwijs. Setelah berusia 18 tahun, beliau sudah tidak menyambungkan pelajarannya dan sejak dari hari itu beliau bertekad untuk menjadi seorang seniman sastera. Nama Chairil mulai terkenal dalam dunia sastera setelah hasil tulisannya di “Majalah Nisan” pada tahun 1942, pada waktu itu beliau baru berusia 20 tahun. Hampir semua puisi-puisi yang beliau tulis merujuk pada kematian. Chairil ketika menjadi penyiar radio Jepun di Jakarta telah jatuh cinta pada Sri Ayati tetapi hingga akhir hayatnya Chairil tidak berani untuk mengungkapkan perasaannya. Puisi-puisinya beredar di atas kertas murah selama  dan tidak diterbitkan hingga tahun 1945. 

Wanita adalah dunia Chairil sesudah buku. Dalam setiap puisinya tercatat nama Ida, Sri Ayati, Gadis Rasyid, Mirat, dan Roosmeini sebagai gadis yang dikejar-kejar Chairil. Dan pada akhirnya, Chairil telah mengahwini gadis Kerawang yang bernama Habsah. Namun, jodoh mereka tidak panjang. Disebabkan kesesakkan ekonomi, dan gaya hidup Chairil yang tidak berubah, Hapsah telah meminta cerai.  Namun, pada usia yang masih terlalu muda, iaitu 27 tahun ( 28 April 1949 ).  Chairil menderita pelbagai penyakit seperti TBC ( Tuberkulosis ) iaitu berkaitan dengan paru-paru, Tifus dan gangguan usus kronik. Hal ini kerana Chairil merupakan seorang perokok tegar. Chairil terkenal melalui puisi-puisinya yang digunakan sebagai alat pemberontakan, menunjuk rasa cinta dan segalanya. Walaupun puisinya agak biasa dan tidak menggunakan perkataan yang "bombastik" namun rasa,emosi tetap sampai kepada pembaca. 


Antara puisi Chairil Anwar yang cukup terkenal ialah puisi " AKU " sehingga beliau telah mendapat gelaran "Binatang Jalang" iaitu ayat yang diambil daripada isi puisinya

Kalau sampai waktuku
'Ku mau tak seorang 'kan merayu
Tidak juga kau
Tak perlu sedu sedan itu
Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang
Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang
Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih perih
Dan aku akan lebih tidak peduli
Aku mau hidup seribu tahun lagi!
Puisi "AKU" ditulis pada sewaktu penjajahan Jepun di Indonesia. Isi puisi ini adalah mengenai keinginan untuk berjuang melawan penjajah. Namun puisi ini tidak diterbitkan kerana tidak mencerminkan visi Jepun untuk Asia Timur Raya. Melalui puisi ini, Chairil seolah ingin menunjukkan bahawa dirinya rela untuk menjadi berbeza dan dianggap bersalah. Dalam puisi ini juga beliau menyampaikan pesanan bahawa untuk terus berjuang melawan penjajah walaupun harus dibayar dengan nyawa sekalipun.
Dalam puisi ini, Chairil menitikberatkan tentang rima dan irama yang akan dihasilkan.Sebagai contoh pada baris pertama rima akhir puisi adalah sama. Kemudian pada baris yang sangat menyentuh iaitu "Aku ini binatang jalang: Dari kumpulan yang terbuang (akhiran NG) semakin membuktikan bahawa Chairil juga bijak memilih kata dan struktur ayat yang baik. Puisi ini juga ditulis dengan menggunakan aliterasi ( pengulangan konsonan ) "Luka dan bisa kubawa lari" iaitu konsonan "b" pada ayat bisa, bawa dab berlari.
Terdapat banyak lagi puisi yang dihasilkan oleh Chairil Anwar tetapi yang menarik perhatian saya adalah puisi "AKU" kerana beliau sedaya upaya melawn pihak penjajah walaupun karyanya tidak diterbitkan. Beliau seorang yang sangat berani melakukan apa sahaja walaupun nyawa yang menjadi taruhan.
Sekian.

No comments:

Post a Comment