Friday, 4 October 2019

Puisi BUKAN Menggurui

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini saya akan menulis entri berkaitan dengan Puisi BUKAN Menggurui .

Puisi adalah merupakan salah satu karya sastera secara bertulis dimana setiap isi yang ditulis adalah merupakan ungkapan daripada seorang penyair atau pengkarya. Bahasa-bahasa yang digunakan adalah semantis serta mengandungi irama, rima dan ritma dalam setiap penyusunan baitnya. Puisi juga mengandungi ungkapan kata yang mempunyai unsur-unsur kiasan. Puisi pula terbahagi kepada 2 iaitu puisi tradisional dan puisi moden. Namun, kini kita juga telah mula didedahkan dengan puisi indie. Menggurui pula dapat di takrifkan sebagai mengarah, menyuruh, atau mendidik. Dalam penulisan puisi sifat menggurui agak tidak relevan. Dalam puisi kita dibolehkan untuk menasihati atau mengkritik tapi tidak selayaknya untuk mengarah atau mendidik orang lain. 

Puisi merupakan karya yang dihasilkan oleh seseorang berdasarkan pengalaman, perasaan, pemerhatian dan sebagainya. Namun, setiap karya yang dihasilkan pasti mempunyai sebab dan unsur yang tersendiri daripada penulis. Dalam penghasilan karya, penulis tidak perlu menekankan ayat atau perkataan yang mempunyai unsur untuk mengarah atau mengajar orang lain untuk berbuat sesuatu. Walaupun penulis melakukan hal tersebut dan dia mengarahkan berbuat seperti yang dia (penulis) dalam karyanya itu adalah sebuah kesilapan dan tidak patut berlaku. Terdapat banyak sahaja penulis yang contohnya menulis puisi yang menyuruh orang untuk bersedekah agar hidup ini lebih berkat walhal dia (penulis) tidak melakukan hal yang sedemikian.

Disamping itu, puisi merupakan karya agung yang amat dipandang tinggi dan sangat terkenal dengan bahasa-bahasa dan perkataan yang jarang digunakan (klasik). Pada awalnya, puisi diciptakan untuk memberikan pengajaran, teguran, hiburan dan banyak lagi. Namun, apabila karya-karya ini sudah di modenkan dan tambahan pula wujudnya karya penulisan indie, ini menyebabkan sudah terlalu ramai penulis yang menulis sekadar untuk suka-suka tanpa pengetahuan yang utuh mengenai penulisan. Tidak seperti karya yang dihasilkan seperti penulis-penulis terdahulu yang karyanya lebih berkuali dan tidak ditelan zaman. Maksud setiap bait yang digunakan dapat dirasakan secara terus terhadap pembaca. Pada pandangan saya, hali ini yang menyebabkan penulisan puisi sudah menjadi terlalu bebas sehingga timbul penulisan yang bersifat menggurui.

Pada pendapat saya, sekiranya seorang penulis hendak menulis puisi yang berunsurkan untuk mengarah, menggurui atau mendidik, dia seharusnya hendak melaksanakannya terlebih dahulu. Sebagai contoh, penulis merupakan seorang pemabuk tetapi dia menulis puisi untuk berhenti dan jangan menjadi seorang pemabuk walhal dia melakukan hal sedemikian. Ini akan menyebabkan penulis boleh digelar munafik ataupun cakap tidak serupa bikin. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, penulis tidak digalakkan untuk menulis karya yang bersifat menggurui.

Tapi disebaliknya, tidak semua penulis bersikap sedemikian. Seperti penulis-penulis puisi dahulu, mereka kebanyakkannya adalah terdiri daripada golongan pendidik. Mereka mempunyai hak dan mereka sangat mendapat galakkan untuk menulis karya yang bersifat menggurui dan mendidik kerana memang tugan sebenar mereka untuk mendidik tetapi melalui kaedah yang berlainan.
Bukan itu sahaja, terdapat juga segelintir orang kurang faham mengenai karya-karya yang bersifat menggurui kerana mereka menganggap seperti kurang sopan dan terdapat juga segelintir orang yang menerima baik karya-karya ini untuk digunakan dalam kehidupan setiap hari.

Kesimpulannya, penulisan puisi adalah bertujuan untuk memartabatkan kesusasteraan melayu bukan sahaja berfungsi dalam kehidupan kita seharian. Setiap penggunaan kata dan bahasa hendaklah diperhatikan dan difikirkan terlebih dahulu sebelum berbuat apa-apa lebih-lebih lagi dalam penulisan puisi. Puisi bukanlah digunakan untuk menggurui malah ianya lebih kepada unsur menasihati. Namun, ini juga hendaklah dipandang melalui aspek positif dan negatif. Oleh itu, pada pandangan saya kebebasan berpuisi hendaklah diguna pakai sebaik mungkin dan tidak boleh berbuat secara suka hati. 


No comments:

Post a Comment