Wednesday, 16 October 2019

Orang Miskin Dilarang Tertawa

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Baik, kali ini saya akan mengulas tentang pendapat salah seorang pensyarah saya di Universiti Malaysia Sabah iaitu Dr. Lokman Abdul Samad. Tempoh hari, beliau telah meminta pendapat atau pandangan pada para Mahasiswa/siswi tentang sebuah falsafah iaitu "Orang Miskin Dilarang Tertawa".

Pada pandangan saya, saya sangat bersetuju dengan falsafah tersebut. Miskin bukan hanya dimaksudkan pada kekayaan harta semata. Miskin juga tidak hanya pada orang-orang marhaen sahaja. Miskin ini menurut saya melalui falsafah ini terlalu luas ataupun terlalu banyak cabangnya. Tertawa atau ketawa ini pula sebagai ungkapan visual terhadap perasaan gembira, bahagia seseorang manusia itu. Tertawa ini boleh ditimbulkan dalam diri seseorang dengan pelbagai cara yang sesuai.

Orang miskin dilarang tertawa ini seperti yang saya katakan tadi terlalu luas. Kita boleh katakan seseorang itu miskin harta, miskin kasih sayang, miskin adab, miskin bahasa, miskin ilmu dan terlalu banyak lagi. Orang yang miskin harta ini adalah sebenarnya orang yang paling bahagia di dunia. Mungkin sahaja dia tidak mampu dari segi kewangan, dan tidak ada masa untuk bersuka ria seperti orang kaya-kaya. Dengan adanya harta kekayaan, mereka ( orang kaya-kaya ) mampu kemana-mana bahkan keluar kota sekalipun. Kerana itu membuat mereka bahagia. Orang miskin ini selalunya tidak ada masa untuk bergembira kerena setiap hari sudah pasti mereka berfikir macam mana untuk menyara keluarga pada hari esok. Tapi saya percaya, orang-orang yang miskin harta ini mereka sangat bahagia dan mampu sahaja tertawa apabila tidak dikelilingi dengan masalah duniawi dan asal ada keluarga disisi.

Seburuk-buruk orang miskin harta , buruk lagi mereka yang miskin adab, miskin ilmu, miskin bahasa. Orang-orang seperi inilah sepatutnya dilarang bahkan disenaraikan hitamkan untuk tertawa. Orang-orang seperti ini selalunya egois dan sudah pasti senantiasa bersikap tidak baik dengan orang sekeliling. Orang yang kurang adab, ilmu dan bahasa ini tidak berhak untuk menilai orang lain dan menjatuhkan mereka. Orang seperti ini tidak sedar tentang diri mereka sendiri walhal orang seperti mereka yang layak di tertawakan.

Orang yang miskin ilmu ini pada pandangan saya orang teramat sangat rugi di dunia dan akhirat. Orang seperti mereka ini boleh sahaja digelar munafik. Contoh yang sering saya lihat ( yang berlaku disekeliling saya ) terlalu banyak "Ustaz" di dalam media sosial selalunya. Mereka cuma tahu foward dan send sahaja tanpa mengetahui apa yang mereka kongsi. Mereka mahu menyampaikan ilmu tetapi ilmu tentang perkara yang disampaikan itu tidak dikuasai sepenuhnya terlebuh dahulu. Orang-orang seperti ini selalunya orang-orang yang hauskan pujian semata yang kononnya dia tahu semua perkara. Namun, orang miskin ilmu ini adalah sangat memalukan dan megecewakan pada pendapat saya.

Semua orang berhak untuk tertawa tidak kira yang miskin atau yang kaya. Saya hanya menegaskan pandangan saya tentang falsafah tersebut dan yang saya tekankan disitu adalah Orang Miskin.

Setakat ini tulisan saya, Terima Kasih !

No comments:

Post a Comment