Tuesday, 22 October 2019

Mitos Bukan Cerita Donggeng

Assalammualaikum dan salam sejahtera , kali ini saya membahaskan mengenai Mitos Bukan Cerita Donggeng.


Mitos diambil daripada bahasa Greek iaitu mythos. Menurut pengertian Kamus Dewan, cerita (kisah) tentang dewa-dewa dan orang atau makhluk luar biasa zaman dahulu yang dianggap oleh sesetengah golongan masyarakat sebagai kisah benar dan merupakan kepercayaan berkenaan (kejadian dewa-dewa dan alam seluruhnya). Mitos juga merujuk kepada satu cerita dalam sesebuah kebudayaan yang dianggap mempunyai kebenaran mengenai sesuatu perkara yang pernah berlaku pada suatu masa dahulu. Ia dianggap sebagai satu kepercayaan dan kebenaran mutlak yang dijadikan sebagai rujukan. Ia selalunya satu dogma yang dianggap sakral dan mempunyai konotasi upacara.

Dongeng Melayu atau "cerita rakyat" adalah merujuk kepada siri-siri pengetahuan, tradisi dan pantang-larang yang telah diwarisi turun temurun dalam bentuk oral, bertulis dan perlambangan diantara penduduk asli kepulauan nusantara Asia Tenggara. Ini merangkumi tema dan bahan yang tertakluk berkaitan dengan pengetahuan asli kaum Melayu dan juga kaum-kaum berkaitan di rantau tersebut. Dongeng cerita rekaan bertujuan sebagai bahan pengajaran kepada kanak-kanak dengan sudut pandang yang positif dan membantu ibu bapa mendidik anak-anak dengan kesopanan juga adat resam. Dongeng Melayu pada zaman sekarang telah dibukukan kepada buku cerita kanak-kanak pra-sekolah. Maksud dan erti dalam pengajaran kandungan Dongeng Melayu juga menjadi bahan didikan kanak-kanak pada usia kecil lagi.

Sedikit sebanyak dapat kita lihat bahawa Mitos dan Cerita Donggeng mempunyai perbezaan yang agak ketara. Mitos dapat saya jelaskan disini adalah berdasarkan kisah-kisah yang pernah berlaku dan diceritakan semula sebagai contoh pada zaman Nabi-Nabi suatu ketika dahulu. Berkenaan dengan kisah-kisah kuasa ghaib dan sebagainya. Mitos juga selalunya boleh dikaitkan dengan asal usul tempat. Mitos ini menerangkan tentang bagaimana sesuatu yang tidak boleh diterima akal boleh berlaku dan ianya juga menerangkan sebab dan akibat mengapa sesuatu itu berlaku. Contohnya pada zaman Nabi-Nabi dahulu kuasa Allah dapat dilihat dan dirasai oleh manusia yang hidup pada zaman tersebut. Mereka yang murka pada perintah Allah akan menerima balasan secara terus dan ianya tidak berlaku pada zaman kini. Dan, ini yang membuatkan peristiwa-peristiwa tersebut mungkin tidak diterima akal tetapi ianya benar-benar berlaku.

Namun, cerita donggeng pula merupakan cerita yang direka kemudian diceritakan pada setiap generasi. Antara cerita-cerita donggeng adalah selalunya diceritakan kepada kanak-kanak yang bertujuan untuk menghiburkan, menakutkan, mendidik dan menjadi pengajaran. Cerita donggeng boleh diubah-ubah jalan ceritanya kerana cerita tersebut disampaikan secara berterusan dan sering ditokok tambah. Kisah donggeng sering menjadi pilihan kebanyakan sasterawan dan penerbit buku lalu dimodofikasikan menjadi donggeng moden. Salah satu kisah moden yang masih diminati sehingga kini ialah kisah 1001 malam.
\
Dapat saya simpulkan disini bahawa jelas sekali dapat kita lihat perbezaan antara mitos dan cerita donggeng. Walaubagaimanapun, sedikit sebanyak masih ada persamaan sebagai contoh cerita-cerita yang mungkin agak tidak diterima akal, agak keterlaluan dan lain-lain lagi.

Sekian entri saya pada kali ini.



No comments:

Post a Comment