Wednesday, 23 October 2019

Chairil Anwar "Binatang Jalang"

Assalammualaikum dan salam sejahtera , tulisan saya pada kali ini adalah tentang seorang penulis Indonesia yang sangat terkenal iaitu Chairil Anwar.





Chairil Anwar dilahirkan di Medan, Sumatera Utara. Ada sesengah pihak mengatakan bahawa beliau dilahirkan pada 26 Jun 1922 dan ada juga yang mengatakan 26 Julai 1922. Beliau merupakan anak tunggal kepada pasangan Toeloes dan Saleha. Kedua-dua ibubapanya berasal daripada Kabupaten Lima Puluh Kota, Sumatera Barat. Beliau mempunyai pertalian darah dengan Perdana Menteri Indonesia yang pertama Soetan Sjarir. Chairil dibesarkan di dalam keluarga yang berpecah belah. Ibu bapanya bercerai ketika beliau berusia 19 tahun. Setelah bercerai, ayahnya telah berkahwin semula dan selepas tamat persekolahan beliau mengikuti ibunya berpindah ke Batavia atau lebih dikenali sekarang sebagai Indonesia. 
Chairil mendapat pendidikan di Hollandsch-Inlandsche School iaitu sekolah dasar untuk bumiputera Indonesia ketika penjajahan Belanda. Kemudian, beliau menyambung pendidikannya di Meer Uitbreid Lager Onderwijs. Setelah berusia 18 tahun, beliau sudah tidak menyambungkan pelajarannya dan sejak dari hari itu beliau bertekad untuk menjadi seorang seniman sastera. Nama Chairil mulai terkenal dalam dunia sastera setelah hasil tulisannya di “Majalah Nisan” pada tahun 1942, pada waktu itu beliau baru berusia 20 tahun. Hampir semua puisi-puisi yang beliau tulis merujuk pada kematian. Chairil ketika menjadi penyiar radio Jepun di Jakarta telah jatuh cinta pada Sri Ayati tetapi hingga akhir hayatnya Chairil tidak berani untuk mengungkapkan perasaannya. Puisi-puisinya beredar di atas kertas murah selama  dan tidak diterbitkan hingga tahun 1945. 

Wanita adalah dunia Chairil sesudah buku. Dalam setiap puisinya tercatat nama Ida, Sri Ayati, Gadis Rasyid, Mirat, dan Roosmeini sebagai gadis yang dikejar-kejar Chairil. Dan pada akhirnya, Chairil telah mengahwini gadis Kerawang yang bernama Habsah. Namun, jodoh mereka tidak panjang. Disebabkan kesesakkan ekonomi, dan gaya hidup Chairil yang tidak berubah, Hapsah telah meminta cerai.  Namun, pada usia yang masih terlalu muda, iaitu 27 tahun ( 28 April 1949 ).  Chairil menderita pelbagai penyakit seperti TBC ( Tuberkulosis ) iaitu berkaitan dengan paru-paru, Tifus dan gangguan usus kronik. Hal ini kerana Chairil merupakan seorang perokok tegar. Chairil terkenal melalui puisi-puisinya yang digunakan sebagai alat pemberontakan, menunjuk rasa cinta dan segalanya. Walaupun puisinya agak biasa dan tidak menggunakan perkataan yang "bombastik" namun rasa,emosi tetap sampai kepada pembaca. 


Antara puisi Chairil Anwar yang cukup terkenal ialah puisi " AKU " sehingga beliau telah mendapat gelaran "Binatang Jalang" iaitu ayat yang diambil daripada isi puisinya

Kalau sampai waktuku
'Ku mau tak seorang 'kan merayu
Tidak juga kau
Tak perlu sedu sedan itu
Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang
Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang
Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih perih
Dan aku akan lebih tidak peduli
Aku mau hidup seribu tahun lagi!
Puisi "AKU" ditulis pada sewaktu penjajahan Jepun di Indonesia. Isi puisi ini adalah mengenai keinginan untuk berjuang melawan penjajah. Namun puisi ini tidak diterbitkan kerana tidak mencerminkan visi Jepun untuk Asia Timur Raya. Melalui puisi ini, Chairil seolah ingin menunjukkan bahawa dirinya rela untuk menjadi berbeza dan dianggap bersalah. Dalam puisi ini juga beliau menyampaikan pesanan bahawa untuk terus berjuang melawan penjajah walaupun harus dibayar dengan nyawa sekalipun.
Dalam puisi ini, Chairil menitikberatkan tentang rima dan irama yang akan dihasilkan.Sebagai contoh pada baris pertama rima akhir puisi adalah sama. Kemudian pada baris yang sangat menyentuh iaitu "Aku ini binatang jalang: Dari kumpulan yang terbuang (akhiran NG) semakin membuktikan bahawa Chairil juga bijak memilih kata dan struktur ayat yang baik. Puisi ini juga ditulis dengan menggunakan aliterasi ( pengulangan konsonan ) "Luka dan bisa kubawa lari" iaitu konsonan "b" pada ayat bisa, bawa dab berlari.
Terdapat banyak lagi puisi yang dihasilkan oleh Chairil Anwar tetapi yang menarik perhatian saya adalah puisi "AKU" kerana beliau sedaya upaya melawn pihak penjajah walaupun karyanya tidak diterbitkan. Beliau seorang yang sangat berani melakukan apa sahaja walaupun nyawa yang menjadi taruhan.
Sekian.

Tuesday, 22 October 2019

Mitos Bukan Cerita Donggeng

Assalammualaikum dan salam sejahtera , kali ini saya membahaskan mengenai Mitos Bukan Cerita Donggeng.


Mitos diambil daripada bahasa Greek iaitu mythos. Menurut pengertian Kamus Dewan, cerita (kisah) tentang dewa-dewa dan orang atau makhluk luar biasa zaman dahulu yang dianggap oleh sesetengah golongan masyarakat sebagai kisah benar dan merupakan kepercayaan berkenaan (kejadian dewa-dewa dan alam seluruhnya). Mitos juga merujuk kepada satu cerita dalam sesebuah kebudayaan yang dianggap mempunyai kebenaran mengenai sesuatu perkara yang pernah berlaku pada suatu masa dahulu. Ia dianggap sebagai satu kepercayaan dan kebenaran mutlak yang dijadikan sebagai rujukan. Ia selalunya satu dogma yang dianggap sakral dan mempunyai konotasi upacara.

Dongeng Melayu atau "cerita rakyat" adalah merujuk kepada siri-siri pengetahuan, tradisi dan pantang-larang yang telah diwarisi turun temurun dalam bentuk oral, bertulis dan perlambangan diantara penduduk asli kepulauan nusantara Asia Tenggara. Ini merangkumi tema dan bahan yang tertakluk berkaitan dengan pengetahuan asli kaum Melayu dan juga kaum-kaum berkaitan di rantau tersebut. Dongeng cerita rekaan bertujuan sebagai bahan pengajaran kepada kanak-kanak dengan sudut pandang yang positif dan membantu ibu bapa mendidik anak-anak dengan kesopanan juga adat resam. Dongeng Melayu pada zaman sekarang telah dibukukan kepada buku cerita kanak-kanak pra-sekolah. Maksud dan erti dalam pengajaran kandungan Dongeng Melayu juga menjadi bahan didikan kanak-kanak pada usia kecil lagi.

Sedikit sebanyak dapat kita lihat bahawa Mitos dan Cerita Donggeng mempunyai perbezaan yang agak ketara. Mitos dapat saya jelaskan disini adalah berdasarkan kisah-kisah yang pernah berlaku dan diceritakan semula sebagai contoh pada zaman Nabi-Nabi suatu ketika dahulu. Berkenaan dengan kisah-kisah kuasa ghaib dan sebagainya. Mitos juga selalunya boleh dikaitkan dengan asal usul tempat. Mitos ini menerangkan tentang bagaimana sesuatu yang tidak boleh diterima akal boleh berlaku dan ianya juga menerangkan sebab dan akibat mengapa sesuatu itu berlaku. Contohnya pada zaman Nabi-Nabi dahulu kuasa Allah dapat dilihat dan dirasai oleh manusia yang hidup pada zaman tersebut. Mereka yang murka pada perintah Allah akan menerima balasan secara terus dan ianya tidak berlaku pada zaman kini. Dan, ini yang membuatkan peristiwa-peristiwa tersebut mungkin tidak diterima akal tetapi ianya benar-benar berlaku.

Namun, cerita donggeng pula merupakan cerita yang direka kemudian diceritakan pada setiap generasi. Antara cerita-cerita donggeng adalah selalunya diceritakan kepada kanak-kanak yang bertujuan untuk menghiburkan, menakutkan, mendidik dan menjadi pengajaran. Cerita donggeng boleh diubah-ubah jalan ceritanya kerana cerita tersebut disampaikan secara berterusan dan sering ditokok tambah. Kisah donggeng sering menjadi pilihan kebanyakan sasterawan dan penerbit buku lalu dimodofikasikan menjadi donggeng moden. Salah satu kisah moden yang masih diminati sehingga kini ialah kisah 1001 malam.
\
Dapat saya simpulkan disini bahawa jelas sekali dapat kita lihat perbezaan antara mitos dan cerita donggeng. Walaubagaimanapun, sedikit sebanyak masih ada persamaan sebagai contoh cerita-cerita yang mungkin agak tidak diterima akal, agak keterlaluan dan lain-lain lagi.

Sekian entri saya pada kali ini.



Wednesday, 16 October 2019

Orang Miskin Dilarang Tertawa

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Baik, kali ini saya akan mengulas tentang pendapat salah seorang pensyarah saya di Universiti Malaysia Sabah iaitu Dr. Lokman Abdul Samad. Tempoh hari, beliau telah meminta pendapat atau pandangan pada para Mahasiswa/siswi tentang sebuah falsafah iaitu "Orang Miskin Dilarang Tertawa".

Pada pandangan saya, saya sangat bersetuju dengan falsafah tersebut. Miskin bukan hanya dimaksudkan pada kekayaan harta semata. Miskin juga tidak hanya pada orang-orang marhaen sahaja. Miskin ini menurut saya melalui falsafah ini terlalu luas ataupun terlalu banyak cabangnya. Tertawa atau ketawa ini pula sebagai ungkapan visual terhadap perasaan gembira, bahagia seseorang manusia itu. Tertawa ini boleh ditimbulkan dalam diri seseorang dengan pelbagai cara yang sesuai.

Orang miskin dilarang tertawa ini seperti yang saya katakan tadi terlalu luas. Kita boleh katakan seseorang itu miskin harta, miskin kasih sayang, miskin adab, miskin bahasa, miskin ilmu dan terlalu banyak lagi. Orang yang miskin harta ini adalah sebenarnya orang yang paling bahagia di dunia. Mungkin sahaja dia tidak mampu dari segi kewangan, dan tidak ada masa untuk bersuka ria seperti orang kaya-kaya. Dengan adanya harta kekayaan, mereka ( orang kaya-kaya ) mampu kemana-mana bahkan keluar kota sekalipun. Kerana itu membuat mereka bahagia. Orang miskin ini selalunya tidak ada masa untuk bergembira kerena setiap hari sudah pasti mereka berfikir macam mana untuk menyara keluarga pada hari esok. Tapi saya percaya, orang-orang yang miskin harta ini mereka sangat bahagia dan mampu sahaja tertawa apabila tidak dikelilingi dengan masalah duniawi dan asal ada keluarga disisi.

Seburuk-buruk orang miskin harta , buruk lagi mereka yang miskin adab, miskin ilmu, miskin bahasa. Orang-orang seperi inilah sepatutnya dilarang bahkan disenaraikan hitamkan untuk tertawa. Orang-orang seperti ini selalunya egois dan sudah pasti senantiasa bersikap tidak baik dengan orang sekeliling. Orang yang kurang adab, ilmu dan bahasa ini tidak berhak untuk menilai orang lain dan menjatuhkan mereka. Orang seperti ini tidak sedar tentang diri mereka sendiri walhal orang seperti mereka yang layak di tertawakan.

Orang yang miskin ilmu ini pada pandangan saya orang teramat sangat rugi di dunia dan akhirat. Orang seperti mereka ini boleh sahaja digelar munafik. Contoh yang sering saya lihat ( yang berlaku disekeliling saya ) terlalu banyak "Ustaz" di dalam media sosial selalunya. Mereka cuma tahu foward dan send sahaja tanpa mengetahui apa yang mereka kongsi. Mereka mahu menyampaikan ilmu tetapi ilmu tentang perkara yang disampaikan itu tidak dikuasai sepenuhnya terlebuh dahulu. Orang-orang seperti ini selalunya orang-orang yang hauskan pujian semata yang kononnya dia tahu semua perkara. Namun, orang miskin ilmu ini adalah sangat memalukan dan megecewakan pada pendapat saya.

Semua orang berhak untuk tertawa tidak kira yang miskin atau yang kaya. Saya hanya menegaskan pandangan saya tentang falsafah tersebut dan yang saya tekankan disitu adalah Orang Miskin.

Setakat ini tulisan saya, Terima Kasih !

Saturday, 5 October 2019

Melayu BUKAN Islam

Asslammualaikum dan salam sejahtera. Baik, kali ini saya akan mengulas tentang penyataan Melayu BUKAN Islam.


Melayu yang dilihat pada hari ini yang tertakrif dalam perlembagaan Malaysia adalah mereka yang berbangsa Melayu, beragama islam serta mengamalkan cara hidup dan budaya Melayu. Sehubungan dengan itu, apabila berbicara mengenai Melayu di Malaysia khususnya, sudah pasti Melayu itu merujuk kepada sebuah kaum majoriti yang rata-ratanya penganut agama islam. Pada pandangan saya, persepsi ini adalah salah dan ianya sudah menjadi sebati dalam diri masyarakat lebih-lebih lagi yang berada di semenanjung Malaysia. Tidak semestinya seseorang yang berbangsa Melayu adalah penganut agama islam. Bangsa dan agama adalah dua perkara yang berbeza. Masyarakat berbangsa Melayu di tanah melayu ketika dahulu sudah terdedah dengan agama Islam pada awalnya sebelum kedatangan kaum atau bangsa lain seperti cina dan india. Oleh itu, masyarakat di semenanjung lebih berpandangan bahawa hanya masyarakat yang berbangsa Melayu sahaja yang beragama islam. Menurut Raja Shariman Raja Aziddin ( 2016 ) adalah berasal daripada perkataan Mala'u yang bermaksud bangsa yang agung disebabkan oleh keterbukaan orang Melayu yang mudah menerima kebaikan misalnya semasa kedatangan Islam di Nusantara.

Seperti yang dapat kita lihat di negeri Sabah dan Sarawak agak berbeza dengan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Mereka mempunyai berpuluh-puluh jenis etnik serta agama yang berbeza. Tidak semestinya orang yang berbangsa kadazandusun itu beragama kritian malah lebih ramai rakyat Sabah yang berbangsa kadazandusun beragama islam. Dan begitu juga sebaliknya kepada bangsa-bangsa lain yang ada. Pada pandangan saya, perspektif Melayu Bukan Islam ini juga berkait rapat dengan faktor agama, politik dan ekonomi negara. Faktor penyebaran agama islam dan kedatangan bangsa lain sewaktu ketika dahulu juga adalah penyebab utama masyarakat berpendapat bahawa orang berbangsa melayu majoriti adalah Islam.

Seterusnya, menurut saya banyak sahaja orang melayu tetapi bukan beragama islam yang mungkin kita kurang dengar. Kebebasan dalam beragama yang dipraktikkan di negara ini adalah salah satu sebab tidak semua yang berbangsa melayu adalah beragama islam. Kebebasan beragama di Malaysia adalah tertakluk pada Perlembagaan Malaysia. Kebebasan beragama di Malaysia adalah tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia. Ia merupakan satu prinsip yang mana memberikan kebebasan kepada individu atau komuniti untuk menganut dan mengamalkan agama masing-masing. Kebebasan beragama ini dikira sebagai salah satu hak asasi yang fundamental kepada manusia sejagat. Di Malaysia, biarpun Islam diiktiraf sebagai agama Persekutuan menurut Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan, penganut-penganut agama lain masih lagi bebas untuk menganut dan mengamalkan agama mereka. Hal kebebasan beragama ini diperuntukkan dalam "Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan".

Kebebasan agama diabadikan dalam Perlembagaan Malaysia. Pertama, Fasal 11 menetapkan bahawa setiap orang mempunyai hak untuk menyatakan dan menjalankan agamanya dan (tunduk pada undang-undang yang berlaku menyekat penyebaran agama-agama lain untuk umat Islam) untuk menyebarkannya. Kedua, Perlembagaan juga menetapkan bahawa Islam adalah agama persekutuan (Perlembangaan tidak menyatakan Islam sebagai agama rasmi tetapi sebaliknya hanya sebagai agama persekutuan), tetapi agama-agama lain boleh dipraktikkan dalam damai dan harmoni (Perkara 3).

Status kebebasan beragama di Malaysia ialah masalah berkontroversi. Pertanyaan termasuk sama ada Malaysia ialah sebuah negara Islam atau negara sekular tetap tidak dapat diselesaikan. Dalam beberapa keadaan, ada sejumlah isu dan peristiwa yang telah menguji hubungan antara bangsa-bangsa yang berlainan di Malaysia. Walaubagaimanapun, kebebasan dalam bergama ini juga tertakluk pada setiap agama begitu juga dalam agama Islam. Hal yang sedemikian mungkin menjadi faktor utama yang meyebabkan terdapat segelintir orang berbangsa melayu tidak beragama Islam.

Namun, dapat kita lihat pada hari bukan lagi di Sabah dan Sarawak, di semenanjung Malaysia juga sudah banyak bangsa seperti India dan Cina memeluk agama Islam.

Akhir kata, melayu adalah salah satu bangsa dan persepsi semua bangsa melayu beragama Islam adalah perlu diubah. Dan, tidak semestinya orang berbangsa melayu itu adalah beragama islam. Oleh itu, pada pandangan saya kita mesti mengubah persepsi ini.

Friday, 4 October 2019

Puisi BUKAN Menggurui

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini saya akan menulis entri berkaitan dengan Puisi BUKAN Menggurui .

Puisi adalah merupakan salah satu karya sastera secara bertulis dimana setiap isi yang ditulis adalah merupakan ungkapan daripada seorang penyair atau pengkarya. Bahasa-bahasa yang digunakan adalah semantis serta mengandungi irama, rima dan ritma dalam setiap penyusunan baitnya. Puisi juga mengandungi ungkapan kata yang mempunyai unsur-unsur kiasan. Puisi pula terbahagi kepada 2 iaitu puisi tradisional dan puisi moden. Namun, kini kita juga telah mula didedahkan dengan puisi indie. Menggurui pula dapat di takrifkan sebagai mengarah, menyuruh, atau mendidik. Dalam penulisan puisi sifat menggurui agak tidak relevan. Dalam puisi kita dibolehkan untuk menasihati atau mengkritik tapi tidak selayaknya untuk mengarah atau mendidik orang lain. 

Puisi merupakan karya yang dihasilkan oleh seseorang berdasarkan pengalaman, perasaan, pemerhatian dan sebagainya. Namun, setiap karya yang dihasilkan pasti mempunyai sebab dan unsur yang tersendiri daripada penulis. Dalam penghasilan karya, penulis tidak perlu menekankan ayat atau perkataan yang mempunyai unsur untuk mengarah atau mengajar orang lain untuk berbuat sesuatu. Walaupun penulis melakukan hal tersebut dan dia mengarahkan berbuat seperti yang dia (penulis) dalam karyanya itu adalah sebuah kesilapan dan tidak patut berlaku. Terdapat banyak sahaja penulis yang contohnya menulis puisi yang menyuruh orang untuk bersedekah agar hidup ini lebih berkat walhal dia (penulis) tidak melakukan hal yang sedemikian.

Disamping itu, puisi merupakan karya agung yang amat dipandang tinggi dan sangat terkenal dengan bahasa-bahasa dan perkataan yang jarang digunakan (klasik). Pada awalnya, puisi diciptakan untuk memberikan pengajaran, teguran, hiburan dan banyak lagi. Namun, apabila karya-karya ini sudah di modenkan dan tambahan pula wujudnya karya penulisan indie, ini menyebabkan sudah terlalu ramai penulis yang menulis sekadar untuk suka-suka tanpa pengetahuan yang utuh mengenai penulisan. Tidak seperti karya yang dihasilkan seperti penulis-penulis terdahulu yang karyanya lebih berkuali dan tidak ditelan zaman. Maksud setiap bait yang digunakan dapat dirasakan secara terus terhadap pembaca. Pada pandangan saya, hali ini yang menyebabkan penulisan puisi sudah menjadi terlalu bebas sehingga timbul penulisan yang bersifat menggurui.

Pada pendapat saya, sekiranya seorang penulis hendak menulis puisi yang berunsurkan untuk mengarah, menggurui atau mendidik, dia seharusnya hendak melaksanakannya terlebih dahulu. Sebagai contoh, penulis merupakan seorang pemabuk tetapi dia menulis puisi untuk berhenti dan jangan menjadi seorang pemabuk walhal dia melakukan hal sedemikian. Ini akan menyebabkan penulis boleh digelar munafik ataupun cakap tidak serupa bikin. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, penulis tidak digalakkan untuk menulis karya yang bersifat menggurui.

Tapi disebaliknya, tidak semua penulis bersikap sedemikian. Seperti penulis-penulis puisi dahulu, mereka kebanyakkannya adalah terdiri daripada golongan pendidik. Mereka mempunyai hak dan mereka sangat mendapat galakkan untuk menulis karya yang bersifat menggurui dan mendidik kerana memang tugan sebenar mereka untuk mendidik tetapi melalui kaedah yang berlainan.
Bukan itu sahaja, terdapat juga segelintir orang kurang faham mengenai karya-karya yang bersifat menggurui kerana mereka menganggap seperti kurang sopan dan terdapat juga segelintir orang yang menerima baik karya-karya ini untuk digunakan dalam kehidupan setiap hari.

Kesimpulannya, penulisan puisi adalah bertujuan untuk memartabatkan kesusasteraan melayu bukan sahaja berfungsi dalam kehidupan kita seharian. Setiap penggunaan kata dan bahasa hendaklah diperhatikan dan difikirkan terlebih dahulu sebelum berbuat apa-apa lebih-lebih lagi dalam penulisan puisi. Puisi bukanlah digunakan untuk menggurui malah ianya lebih kepada unsur menasihati. Namun, ini juga hendaklah dipandang melalui aspek positif dan negatif. Oleh itu, pada pandangan saya kebebasan berpuisi hendaklah diguna pakai sebaik mungkin dan tidak boleh berbuat secara suka hati.